Opah Bahulu Lola Cupcake Full Movie

Sinopsis Opah Bahulu Lola Cupcake

Bagi Opah Semah, untung dan rugi sudah menjadi asam garam dalam perniagaan kuih bahulunya. Namun sejak kehadiran seorang janda muda dan bergaya bernama Lola di kampungnya itu cuba mengganggu perusahaannya, Opah Semah mengambil langkah untuk mengubah strategi perniagaannya.

Sejak kewujudan Lola dengan perniagaan Cupcakenya, permintaan kuih bahulu Opah Semah semakin berkurangan. Ditambah pula dengan sikap Lola yang angkuh dan sombong itu menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan orang-orang kampung.

Lola berasa amat gembira kerana Cupcake hasil air tangannya sudah diterima oleh orang-orang kampung. Opah Semah berasa dirinya amat tercabar dengan tindakan Lola.

Suatu hari, Yop dan Yuni iaitu cucu Opah Semah memberi idea untuk membantu Opah Semah mencuba perusahaan baharu iaitu coklat. Pada mulanya, Opah Semah kurang bersetuju kerana tidak yakin akan produk coklat yang kurang mendapat sambutan masyarakat terutaman orang-orang di sekitar kampung tersebut.

Namun, Yop dan Yuni berjaya menyakinkan Opah Semah dengan memberi semangat dan membantunya membuat coklat. Akhirnya Opah Semah berjaya menghasilkan keluaran produk coklatnya dan kini dia membuka sebuah kedai bakeri sendiri.

Berkat kesabaran Opah Semah,coklatnya mendapat pesanan dari kerabat diraja. Pada masa yang sama, Lola berusaha dengan pelbagai cara untuk menjatuhkan perniagaan coklat Opah Semah. Lola cuba membuat pelbagai muslihat namun tidak mematahkan semangat Opah Semah untuk mengembangkan perniagaannya. Sifat dengki dan iri hati Lola kepada Opah Semah makin menjadi-jadi.

Pelakon Opah Bahulu Lola Cupcake

Delimawati , Didie Alias, Kazar, Elly Mazelin, Karl Iskandar, Hazeera Harun Salim Bachik, Along Eyzenly

Download Opah Bahulu Lola Cupcake

Download

Tonton Opah Bahulu Lola Cupcake

Pengguna Android boleh download aplikasi kami di Google Play [KLIK]
NOTA: Bagi mengelakkan anda gagal melayari laman web ini pada masa hadapan, sila guna Google Public DNS. KLIK SINI untuk tutorial Google Public DNS. window - youtu.be/pwxvQBiAM5c | android - youtu.be/FpBHyPYbmuw | ios- youtu.be/WPQJrCBBJcE | Ada pertanyaan sila PM di FB