Meh Sandar Pada Aku Full Episode

Sinopsis Meh Sandar Pada Aku

Mengisahkan Afnan Tasneem, gadis yang sentiasa ceria dan agak bendul tak bertempat. Afnan Tasneemsedang menjalani praktikal di sebuah pusat penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Disana bermulalah cerita pertemuannya dengan penyelia yang dianggap sombong dan spesis lelaki terancam iaitu Dr Syed Nadzhan. Dr Syed Nadzhan hidup tanpa insan bergelar perempuan. Selepas kegagalan rumah tangga papa dan mamanya dia mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya. Menerima Afnan Tasneem sebagai budak praktikal dibawah seliaannya memang memeningkan kepala kerana sebelum ini Dr Syed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan.

Sepanjang tempuh seliaan Dr Syed, Afnan Tasneem sering di buli dan memberi arahan tanpa diberi tunjuk ajar. Kehadiran Adam Naufal menggugat rasa hati Dr Syed. Afnan Tasneem yang banyak meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan Dr Syed kepada Adam Naufal. Adam Naufal juga budak praktikal Dr Syed. Dimata lelaki Adam Naufal tahu yang Dr Syed suka pada Afnan Tasneem. Adam Naufal rapat dengan Afnan Tasneem sekadar bagi cemburu pada Dr Syed. Tetapi tidak pada Afnan Tasneem yang menganggap Adam Naufal mencintainya.

Keadaan lebih bercelaru bila ibu Afnan Tasneem berkahwin dengan ayah Dr Syed. Ayah Doktor Syed merancang untuk menjodohkan Afnan Tesneem dengan sepupu Dr Syed, Syed Emir. Tanpa pengetahuan Dr Syed juga dia telah ditunangkan dengan Doktor Aleesya. Aleesya pemburu cinta Dr Syed dari kecil gembira dengan pertunangan itu. Kerana menghadiri majlis konvo Adam Naufal membongkar satu rahsia. Sebenarnya Adam Naufal sudah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Afnan Tasneem kecewa.

Berita kematian ibu dan ayah membuatkan Dr Syed mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Dr Aleesya dan berkahwin dengan Afnan Tasneem atas rasa tanggungjawab. Dr Aleesya yang tak boleh terima kenyataan dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Dengan bantuan Dr Syed juga Dr Aleesya pulih dan sedar akan kesilapannya. Semua yang berlaku sebenarnya telah ditentukan.

Pelakon Meh Sandar Pada Aku

Aliff Aziz, Mira Filzah, Asyraf Aley, Aidit Noh, Jaja Illiyes, Badrul Muhayat, Fiza, Nada, Aishah Ilias, Redza Rosli

Drama Meh Sandar Pada Aku

Jumlah Episod: 20
Episod Semasa: TAMAT
Hari: -
Siaran: Slot Dahlia TV3

Tonton Meh Sandar Pada Aku

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20

Download Meh Sandar Pada Aku

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20