Sweetie Nanie Full Episode

Sinopsis Sweetie Nanie

Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nanie Nadira, 23 pernah melahirkan seorang anak luar nikah setelah dirogol ketika berusia 16 tahun. Oleh kerana Nanie Nadira masih bersekolah dan tidak berpendapatan, Nanie Nadira menyerahkan anaknya itu kepada kakaknya, Nora. Namun, apabila bayi itu telah diculik di sebuah klinik, Nora pula meninggal tidak lama kemudian kerana kemurungan. Peristiwa tragis ini sekali lagi menghimpit kehidupan Nanie Nadira kerana Nora telah mengamanahkan Nanie Nadira untuk mencari anaknya kembali dan menjalani tanggungjawabnya sebagai ibu kandung bayi itu.

Selain dugaan yang sudah membebani benak fikiran Nanie Nadira itu, Nanie Nadira juga sedang bergelut dengan masalah kewangan setelah kematian kakaknya. Hal ini kerana, Nanie Nadira masih menuntut pelajaran di sebuah kolej tempatan dalam jurusan Juruukur Bahan. Tambahan pula, selama ini Nanie Nadira tinggal bersama kakaknya dan yuran pengajiannya juga ditanggung sepenuhnya oleh Nora.

Dalam kerunsingan Nanie Nadira untuk melangsaikan sewa rumahnya yang sudah sekian lama tertunggak, Nanie Nadira bertemu dengan Zafri di sebuah kafe secara tidak sengaja. Ketika itu, Zafri sedang melarikan diri daripada orang suruhan sepupunya, Baizura. Zafri merupakan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pemaju yang sentiasa dikongkong oleh sepupunya merangkap penasihatnya, Baizura kerana Zafri masih terlalu muda untuk mengendalikan syarikat keluarganya itu.

Setelah Nanie Nadira dan Zafri bertemu, mereka menjadi semakin rapat, dan ini membuatkan Baizura rasa tidak senang hati. Kerana terlalu mengikut hatinya yang busuk, Baizura bertekad untuk memisahkan Zafri daripada Nanie Nadira dengan menyelidik sejarah hitam Nanie Nadira. Dugaan demi dugaan dihadapi Nanie Nadira, sejarah Nanie Nadira yang pernah melahirkan anak luar nikah itu akhirnya diketahui Zafri dan kebahagiaan sementara Nanie Nadira musnah.

Dapatkah Nanie Nadira bertemu dengan anaknya kembali? Adakah Zafri akan menjauhkan diri daripada Nanie Nadira selamanya?

Pelakon Sweetie Nanie

Nadia Brian, Aidit Noh, Duerra Mitilda, Syafnida Shuhaimi, Nazeera Sardi, Julia Farhana, Faiz Hak, Indah Emeerlda, Nafiz Muaz, Fana Azizan, Feiyna Tajudin

Drama Sweetie Nanie

Jumlah Episod: 13
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Rabu-Jumaat
Siaran: Slot Lestary TV3

Tonton Sweetie Nanie

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

Download Sweetie Nanie

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13
Pengguna Android boleh download aplikasi kami di Google Play [KLIK]
NOTA: Bagi mengelakkan anda gagal melayari laman web ini pada masa hadapan, sila guna Google Public DNS. KLIK SINI untuk tutorial Google Public DNS. window - youtu.be/pwxvQBiAM5c | android - youtu.be/FpBHyPYbmuw | ios- youtu.be/WPQJrCBBJcE | Ada pertanyaan sila PM di FB