Married Tapi Benci Full Episode

Sinopsis Married Tapi Benci

Mengisahkan kisah cinta dua remaja yang terpaksa berkahwin di usia muda akibat diperangkap orang ketiga. Kamal merupakan pelajar kolej yang digilai ramai dan seorang pelumba basikal yang sering menjuarai kejohanan. Kehadiran pelajar baharu di kolej iaitu Rina dengan menaiki motor berkuasa tinggi telah menarik minat Kamal untuk cuba memikat ditambah lagi Rina turut mempunyai raut wajah yang jelita. Namun, Rina dengan perwatakkan yang sedikit kasar dan benci dengan lelaki akhirnya telah memalukan Kamal di hadapan ramai pelajar lain. Terselit satu rahsia di mana sikap kasar Rina itu adalah sebagai tanda protes kerana ayahnya berkahwin dengan seorang gadis muda setelah kematian ibunya.

Rina pula semakin rapat dengan Daniel, musuh ketat Kamal yang turut ingin bersaing dengan Kamal. Walaupun Kamal tidak suka kepada Rina, tetapi Kamal tidak mahu Rina terperangkap dengan sikap Daniel hanya pandai mengambil kesempatan ke atas wanita. Satu hari, Kamal mengenakan Daniel dengan memutuskan brek motor Daniel tetapi malangnya, Rina yang menjadi mangsa kerana dia bertukar motor dengan Daniel.

Kamal merasa bersalah namun takut untuk mengakui kesalahannya sehinggalah dia melawat Rina di hospital. Hubungan mereka mulai rapat setelah mengetahui kisah sebenar Rina yang membuatkan dia sedikit memberontak. Daniel pula menyimpan dendam dengan memerangkap mereka berdua sehingga ditangkap khalwat. Ibu bapa mereka bersetuju untuk mengahwinkan mereka berdua sebagai jalan untuk mereka belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab untuk masa depan mereka.

Walaupun berkahwin, mereka masih lagi meneruskan aktiviti lasak dan tidak begitu peduli dengan urusan di antara satu sama lain. Kamal masih lagi dengan basikalnya, begitu juga Rina yang sering bersama dengan teman rapatnya. Tetapi dalam tidak sedar, mula muncul perasaan sayang antara Kamal dan Rina. Daniel masih lagi tidak berpuas hati dan ingin menghancurkan kebahagiaan mereka dengan melakukan pelbagai muslihat demi melunaskan dendam yang masih lagi terpalit di hati.

Berjayakah Daniel meruntuhkan rumah tangga yang baru sahaja ingin berkembang mekar?

Pelakon Married Tapi Benci

Shafiq Kyle, Azira Shafinaz, Mustaqim Bahadon, Zalif Sidek, Cat Farish, Badrul Muhayat, Isyariana Hanarose, Amylia Nastasha, Cyiera Saad , Nor Albaniah, Shamini Malini

Drama Married Tapi Benci

Jumlah Episod: 13
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Rabu-Jumaat
Siaran: Slot Lestary TV3

Tonton Married Tapi Benci

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

Download Married Tapi Benci

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13
Pengguna Android boleh download aplikasi kami di Google Play [KLIK]
NOTA: Bagi mengelakkan anda gagal melayari laman web ini pada masa hadapan, sila guna Google Public DNS. KLIK SINI untuk tutorial Google Public DNS. window - youtu.be/pwxvQBiAM5c | android - youtu.be/FpBHyPYbmuw | ios- youtu.be/WPQJrCBBJcE | Ada pertanyaan sila PM di FB