Duda Terlajak Laris Full Episode

Sinopsis Duda Terlajak Laris

Mengisahkan seorang lelaki yang bakal memahami erti cinta setelah mensia-siakan perkahwinannya. Zafran Aldrin Kamarulzaman atau Zack yang baru berumur 18 tahun dan mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajarannya ke peringkat universiti seperti kakaknya. Dia tidak memikirkan tentang soal jodoh apatah lagi bersedia untuk berkahwin.

Satu malam, kejadian yang tidak pernah dijangka oleh Zack telah berlaku. Abang Bob telah menyuruh Zack pergi ke rumah adik angkatnya untuk menggantikan lampu bilik air di rumah. Malangnya, Zack ditangkap khalwat dengan Pehah, adik angkat kepada Bob.

Zack terkejut bercampur perasaan maarah apabila dituduh berkhalwat dengan Pehah kerana dia tidak berbuat apa-apa dengan gadis yang tidak dikenalinya itu. Dalam sekelip mata, musnah impian dan masa depan Zack apabila dia terpaksa berkahwin dengan Pehah pada malam itu.

Zack terpaksa menurut untuk menjaga air muka tok ayahnya. Entah mengapa Pehah tidak beriya menafikan tuduhan khalwat itu. Bagi Zack, Pehah cuba menganiayainya tetapi Pehah dengan muka selambanya memberitahu Zack yang dia sebenarnya mencintai Zack.

Zack segera mencari idea untuk meninggalkan Pehah yang tidak pernah disentuhinya. Dengan alasan belajar di Sarawak, Zack meninggalkan Pehah di kampung. Zack enggan kembali walaupun untuk beraya bersama-sama keluarganya. Selepas dua tahun, dia hanya pulang apabila tok ayah yang dia sayang itu telah pergi.

Zack terkejut apabila saat dia tiba menziarahi arwah tok ayah, Pehah masih menunggunya. Pehah tetap setia dan menyatakan dia masih cintakan Zack. Namun Zack hilang sabar dan akhirnya menceraikan Pehah, isterinya yang dia sendiri tidak pernah sentuh dan juga tidak tahu apa-apa tentang diri Pehah walaupun nama sebenar Pehah.

Luluh hati Pehah “Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. itu doa saya”. – Pehah

Zack kembali ke Sarawak meneruskan pengajiannya. Setelah beberapa tahun, Zack pulang dan bekerja di Kuala Lumpur. Keluarga Zack selalu meminta Zack berumah tangga namun dia tiada hati untuk berkahwin. Lantas dia menetapkan syarat kepada ibunya sekiranya ingin mencari jodoh buat Zack.

Semua syarat itu sudah pasti bertentangan dengan Pehah. Zack memang tidak suka dengan apa sahaja ciri-ciri Pehah sama ada secara fizikal atau penampilan dalaman walaupun dia sendiri tidak mengenali Pehah sedalam-dalamnya.

Zack menjadi rebutan ramai calon yang ingin menjadi pasangannya. Setelah banyak kali menolak, akhirnya dia telah bertunang dengan Idayu atas permintaan keluarga. Idayu sudah lama mencintai Zack semasa belajar tetapi Zack sendiri keliru tentang hubungan mereka berdua.

Kehadiran pekerja baharu, Anis telah menarik perhatian Zack. Hubungan Zack dan Idayu juga mula bermasalah kerana Idayu terlalu mengongkong kehidupan Zack. Kemudian seorang gadis bernama Inas muncul bagi meruntuhkan keegoannya. Ingin mengetahui kesudahan hidup duda terlajak laris ini?

Pelakon Duda Terlajak Laris

Idris Khan, Zara Zya, Wawa Zainal, Bella Nazari, Anis Al-Idrus, Kuza Muzaini, Arash Mohd, Laila Nasir, Ikhlas Jalil, Syed Ali, Remy, Azzam Zamani, Alif Hadi.

Drama Duda Terlajak Laris

Jumlah Episod: 26
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Slot Akasia TV3

Tonton Duda Terlajak Laris

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26

Download Duda Terlajak Laris

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25
Episod 26
Pengguna Android boleh download aplikasi kami di Google Play [KLIK]
NOTA: Bagi mengelakkan anda gagal melayari laman web ini pada masa hadapan, sila guna Google Public DNS. KLIK SINI untuk tutorial Google Public DNS. window - youtu.be/pwxvQBiAM5c | android - youtu.be/FpBHyPYbmuw | ios- youtu.be/WPQJrCBBJcE | Ada pertanyaan sila PM di FB